Selasa, 20 November 2012

Harry Potter

KISAH KEJAYAAN YANG DATANG MELALUI IMPIAN

Joanne Kathleen Rowling..pernahkah anda mendengar namanya sebelum ini??

Namanya tersebut mungkin kedengaran asing ,tapi anda mesti tahu bahawa salah satu daripada hasil karyanya adalah Harry Potter.Cerita dongeng tersebut berjaya mendapat kutipan jualan yang sgt besar,yang menjadikannya jutawan pertama dalam bidang penulisan.Pada tahun 2007,Joanne telah menulis bahagian ketujuh cerita Harry Potter. yang membuatkan dunia lumpuh sepenuhnya pada hari buku itu dilancarkan.Berjuta juta pembacanya sanggup menunggu berjam-jam lamanya sebelum buku itu dilancarkan kepada semua orang ramai.Sehingga kehari ini ,di Amerika Syarikat sahaja buku tersebut telah dicetak lebih daripada 12 juta naskhah..

SIAPAKAH WANITA INI DAN BAGAIMANAKAH BELIAU BERMULA?

Beliau adalah seorang wanita Inggeris .bekerja sementara di England,kemudia pergi ke Perancis dan seterusnya ke Portugal dan bertugas sebagai guru disebuah sekolah di sana.Disitu beliau bertemu suaminya dan dikurniakan seorang anak perempuan  yang bernama jessica,Namun beberapa tahun kemudian ,beliau diceraikan dan berlakunya perbalahan yang besar dan berlarutan dengan bekas suaminya.Beliau terpaksa mendapat bantuan perlindungan Kedutaan Inggeris daripada bekas suaminya.

Rowling kembali ke Britain,dan disana beliau dikejutkan dengan kematian bunya.Peristiwa tersebut memberi kesan yang besarterhadap dirinya,menyebabkan beliau mengalami kekecewaann hidup yang sangat berat,Beliau kemudiannya tinggal bersama kakaknya di sebuah rumah di Edinburgh

Pada tahun 1995 , ketika berumur 30 tahun,beliau mula menulis tentang kisah budak sihir bernama Harry Potter yang diinspirasikan ketika pengembaraan beliu meniaki kereta api.

Beliau telah berkhayal,berada dalam kereta api dan berangan -angan seperti Hero,menjelma impian dan khayalannya tentang sesuatu yang berkaitan dengan zaman kanak- kanak.

Pada masa itu,Joanne hidup dengan meneima wang ihsan daripada kerajaan jerana dia tidak mempunyai pekerjaan.Malah beliau menulis sebahagian besar daripada cerita itu di kafe sebagaiman yang dikatakan oleh beliau dalam satu temubual di televisyen.

Apabila cerita selesai ditulis,beliau telah menghantarnya kepada penerbit,namun mereka menolaknya sehingga bilangan syarikat penerbitan yang menolaknya mencecah 12 buah syarikat.

Joanne tidak berputus asa,beliau meneruskan usaha sehingga akhirnya beliau menjumpai penerbit kecil yang agak berat hati untuk menerbitkan buku tersebut.Yang melucukan,perkara yang mendorong penerbit tersebut untuk meneribitkan buku itu adalah anaknya yang berusia 8 tahun ,yang telah membaca manuskrip tersebut lalu berasa amat kagum denganya,

Penerbit tersebut telah memohon kepada Joanne satu permohonan yang pelik,iaitu hanya menulis huruf pertama namanya sahaja,supaya pembaca tidak tahuyang cerita ini ditulis olehnya,perkara tersebut adalah mayakinkan bahawa para pembaca tidak akan membaca kisah budak yang ditulis oleh seorang wanita sepertinya..

Beliau telah mengedarkan novel tersebut dipasaran tanpa publisiti awal.Miskipun demikaian,Joanne telah meraih kejayaan yang besar dan bersionar,dan itu ada;ah permulaan kepada kemasyhuran dan kejayaannya.Kemudian beliau menulis buku buku berikutnya,dan setaip satunya menunjukkan pertambahan angka yang sangat menakjubkan berbanding setakan sebelumnya,Empat daripada tujuh buah cerita yang ditulisnya telah diangkat ke layar perak membentuk 'Empayar Harry potter' yang besar.

Sesungguhnya Harry Potter telah terjual melebihi 400juta naskhah di seluruh dunia dan beliau telah manjadi kaya raya.Beliau berkahwin dan dikurniakan anak.Beliau muncul sebagai salah seorang wanita yang ke -136 terkaya didunia dan yang ke - m13 terkaya di britain

Pada tahun 2001,beliu telah membeli sebuah istana mwah yang memiliki seni bina abad ke 19 yang terletak di scotland.Beliau turut memiliki sebuah rumah yang mengandungi 13 bilik tisur di Edinburgh , dan rumah di Kensington di barat london dengan harga 8 juta dolar.

Pada tahun 2006, menurut majalah FORBES di Amerika Syarikat ,Rowling menduduki tangga kedua wanita terkaya didunia dan meletakkannya sebagai selebriti ke 48 paling berpengaruh pada tahun 2007

semua ini berlaku di sebabkan impian yang telah diciptakan didlm kereta api, lalu di tukarkannya menjadi sebuah bakat unik yang membawa kepada siri -siri kejayaan ,dengan sudut yang berbeza.

Beliau telah bertukar daripada wanita yang hidup terbiar ,terbelanggu krisis dan masalah fizikal serta harta,yangh secara zahir ramai yang tidak mampu menghuraikanya,,

sekian,terima kasih ,,baca untuk panduan akan datang.